Sunday, June 28, 2009
CoUnTinG Da DayS...
Tuesday, June 16, 2009
Major Reshuffling..oF My Room..
Lagi Checklist..
Checklist ni special sket..heheh..sbb aku dah siap2 letak mengikut kmampuan aku..muahahha..
MAJLIS PERTUNANGAN WALAUPUN KECIL, KITA MASIH PERLUKAN PERANCANGAN YG TELITI AGAR SEMUANYA BERLANGSUNG DGN LANCAR DAN TIADA YG TERTINGGAL.
DI ANTARA CHECKLIST YG LEH DIGUNAKAN:
1. BARANG HANTARAN PERTUNANGAN (BOLEH DIBELI & SIAPKAN SEAWAL 1-2 BLN SEBELUM MAJLIS) - BERAPA BILANGAN DAN BUDGET DIPERUNTUKKAN
2. PERSIAPAN JAMUAN (RANCANG 1-2 BLN AWAL SAMADA NAK MASAK @ CATERING)- JUMLAH JEMPUTAN PEREMPUAN DAN TETAMU DARI PIHAK LELAKI
3. HARI, TARIKH DAN MASA - MASA BERSIAP UTK DIRI (MEKAP DAN PAKAI BAJU), MASA MEMASAK/CATERING SAMPAI, MASA TETAMU DR PIHAK LELAKI SAMPAI, MASA MAJLIS BERLANGSUNG, MASA JAMUAN
4. PERSIAPAN DIRI SENDIRI (SELEWATNYA 1 BULAN AWAL) - MEKAP (MEKAP SENDIRI/KAWAN/MAK ANDAM), BAJU (TEMPAH/SEWA/PINJAM)
5. HADIAH TETAMU - JIKA PERLU
6. ISI KANDUNGAN PERBINCANGAN - JIKA PERLU AMBIL TAHU PASAL TARIKH NIKAH, WANG HANTARAN, BARANG HANTARAN DLL MELAINKAN JIKA IBU BAPA TAK BENARKAN AMBIL TAHU PASAL NIH
* BUDGET: BERGANTUNG KEPADA KEMAMPUAN ANDA.
Ni Aku punye budget...
1. MEKAP - RM 450
2. BAJU TEMPAH - (KAIN & UPAH) Tunang :
3. BAJU SEWA - RM 50 - RM 150
4. BAJU PINJAM - FREE
5. CINCIN RISIK & @ TUNANG - (cincin + rantai tgn + cincin) = XXXX
6. JAMUAN - CATERING - @4.50/HEAD - RM 18.00/HEAD
7. MASAK SENDIRI - LAUK KERING DAN LAUK BASAH
8. TRANSPORTATION - JIKA JAUH
9. HANTARAN - SIRIH JUNJUNG/TEPAK, BUAH2AN, SEPERSALINAN, KUIH MUIH - RM 200 - RM 2000
12 Bulan Sebelum Majlis Bersanding
1. Pertunangan
Majlis Pertunangan adalah tapak permulaan bagi pasangan itu membuat persediaan untuk mendirikan rumahtangga. Pertunangan juga membolehkan pasangan itu berkenalan antara mereka mengikut adad kita sebagai orang Islam dan juga, ia menandakan bahawa tali ikatan itu akan sesungguhnya membawa ke jinjang pelamin kelak, insyaAllah. Tapi yang penting dalam konteks kita yang tinggal di Singapura, ia bermakna kita harus mula mengumpulkan duit jika itu belum dilakukan lagi.
Khidmat yang diperlukan untuk Majlis Pertunangan:
• Gubahan
• Bus/Transport
• Kameraman/Videographer
2. Kursus Rumahtangga
Setelah bertunang, kini tiba masanya untuk pasangan itu mengambil kursus rumahtangga. Registry of Muslim Marriages memerlukan sijil ini sebelum pasagan itu diakad nikahkan. Jadi, lebih baik kalau kursus itu di ambil awal-awal, supaya nanti tidak kesibukan bila sudah hampir hari persandingan. Kursus rumahtangga ini amat berguna sekali. Ia menerangkanhak sang suami dan juga hak si isteri, dan juga teladan yang patut dicontohi agar rumahtangga yang dirikan berkekalan.
Masjid-masjid yang menganjurkan kursus rumahtangga:
• Masjid Darul-Ghufran, Tampines
• Masjid Al-Ansar, Chai Chee
• Masjid An-Naeem, Hougang
Ada juga masjid-masjid lain yang menanjurkan kursus ini. Harapan hubungi masjid yang terdekat untuk butir-butir lanjut.
3. Kumpul Wang
Ini yang paling penting. Bagaimanakah kedudukan kewangan anda sekarang.Bagus? Kalau bagus, anda boleh bersanding minggu hadapan...hehehe..gurauaje! Tetapi kebanyakan pasangan, sekarang lah masanya kita tinjau kembalikedudukan kewangan kita. Ongkos perkahwinan adalah seperti berikut:
• Hantaran $6000.00
• Makanan $4000.00
• Kerusi Meja $600.00
• Hadiah-hadiah $3000.00
• Mak Andam $1200.00
• Hiburan $400.00
• Hadrah $200.00
• Kameraman $500.00
• Videographer $500.00
• Total $16,400.00
Ini adalah 'estimate' sahaja. Mungkin lebih dan juga mungkin kurang dari ini. Jika simpanan anda kosong dan anda ingin bersanding setahun dari sekarang, ini bermakna anda harus simpan ($16,400/12 = $1366) sebulan. Pakai nampak, gasak overtime hari-hari lah!
Tapi jangan cemas, ada ongkos yang di atas hanya dibayar selepas hari bersanding. Ongkos bagi kerusi, kameraman, videographer, mak andam(kecuali deposit) hanya akan dibayar selepas majlis. Kebanyakkan tukang masak juga hanya mintak 'duit pasar' sebelum majlis and yang baki selepas majlis. Jadi tolak itu semua, anda hanya perlu simpan:
Hantaran $6000.00
Makanan(duit pasar) $2000.00
Hadiah-hadiah $3000.00
Mak Andam $200.00
Hadrah $200.00
Total $11,400.00
Jadi anda perlu simpan setidak-tidaknya $950.00 sebulan jika simpanan anda itu kosong. Ini pun belum kira belanja yang kecil-kecil, seperti keretapengantin dan hiasanya, bas dan lain-lain lagi. Tetapi jika anda ada banyak'sponsor', tak lah perit sangat.
P.S. "Market Rate" untuk wang hantaran sekarang adalah antara $6000 - $8000. Jangan taruk harga tinggi sangatlah...nanti pengsan pengantin lelaki.
6 Bulan Sebelum Majlis Bersanding
4. Daftar diri diROMM (lihat halaman ini:Panduan Pendaftaran Pernikahan)
Registry of Muslim Marriages hanya membenarkan pasangan untuk mendaftar diri 6 bulan sebelum bernikah. Apa yang diperlukan semasa mendaftar diri ialah:
• Kad Pengenalan( Lelaki/Perempuan )
• Wali pihak perempuan (dan Kad Pengenalannya).
Dikala ini juga, pihak lelaki akan ditanya sama ada sudah menpunyai Kadi sendiri atau tidak. Jika tidak, ROMM akan melantik kadi yang betauliah untuk pasangan itu. Anda juga boleh menghubungi Kadi-kadi yang disenaraikan dicontact list.
5.Tempah Mak Andam/Pelamin/Kamera/Video kameraman
Setelah ditetapkan hari pernikahan dan persandingan, kini tiba masa yang paling genting bagi pihak pengantin perempuan. Memelih Mak Andam! Disiniada dua categori mak andam yang boleh dipilih:
Mak Andam Professional.
Mak andam dalam kategori ini kebanyakannya mempunyai 'Bridal Studio' Pengantin boleh memilih dan mencuba pakaian mereka di studio ini. Mereka juga memberi khidmat fotografi dan videografi dalam satu package. Harga mereka agak mahal sedikit dan pada hari bersanding nanti, mungkin penolong mereka yang akan mengandamkan pengantin itu. Tetapi anda boleh menerima servis and 'profesionalism' yang lebih baik.
Mak Andam Part-time.
Mak Andam yang seperti diatas tak punya studio, namun begitu, perkakas dan pakain mereka juga cukup lengkap. Mereka mengambil upah melalui tempahan (booking) dan selalunya boleh dihubungi melalui recomendasi teman dan kenalan. Nama mereka tak ada di Yellow Pages. Mana pengantin yang tempah mereka dulu, di dulukan, kerana mereka memberi khidmat itu sendiri. Lantas, mak andam yang seperti begini harus di tempah eawal-awal mungkin, jika mak andam itu memang terkenal.
6. Tempah Tukang Masak, Kerusi & Meja.
Yang penting sebelum menempah tukang masak, pengantin seharusnya sudahtentukan berapa para jemputan yang ingin di jemput. Ini supaya tukang masak dapat memberi anggaran yang tepat dan jumlah wang belanja yang diperlukan. Bila membuat tempahan, tanya soalan berikut:
• Berapa harga sehidang di majlis ini?
• Berapa wang pendahuluan dan bilakah bayaran nya?
• Adakah pinggan, khemah, kerusi dan meja di dalam pakej?
Checklist:
• Pertunangan
• Kursus Rumahtangga
• Kumpul Wang
4 Bulan Sebelum Majlis Bersanding
7. Siapkan nama para Jemputan
Siapakan senarai bagi para jemputan. Ini harus dilakukan supaya kita tidakterlupa untuk menjemput saudara yang dekat atau pun jauh dan juga sahabat handai. Senarai ini juga boleh dibuat sebagai anggaran bagi tukang masak. Contoh di bawa ini boleh digunakan bagi menyiapkan senarai seperti berikut:
• Adik Beradik
• Saudara Sebelah Ayah
• Saudara Sebelah Ibu
• Saudara Sebelah Datuk
• Saudara Sebelah Nenek
• Rakan Sekerja
• Rakan National Service (Pihak Lelaki)
• Rakan Sekolah
• Jiran tetangga
Walaupun kad hanya di edarkan kepada ketua keluarga tetapi kita harus kirasetiap kepala yang bakal hadir. Istilahnya, kalau keluarga Ali itu terdiri daripada empat orang, maka kita harus senaraikan jemputan bagi keluarga Aliitu untuk empat orang, tetapi kad yang di layangkan hanya satu buatkeluarga Ali. Ini penting supaya kita tidak salah anggar untuk sediakan hidangan. Ingat!..menghidangkan para jemputanlah yang paling utama dalammajlis persandingan. Kalau tak cukup makan atau tak sempurna layanan kita..habislah majlis ini jadi buah percakapan orang.
8. Tempah Kad Jemputan
Kad jemputan ada bermacam macam bentuk dan rupa. Ada yang sekarang berbauharum pula. Tapi makin harum, mestilah mahal sedikit. Bajet untuk kadjemputan sepatutnya di beri peruntukan yang kecil, kerana pada akhirnyananti, kebanyakan kad jemputan itu akan dibuang juga. Jadi, janganlah membazirkan wang yang sangat-sangat diperlukan itu.
9. Tempah Kumpalan Hadrah dan Kendarat
Bagi pengantin lelaki, kumpulan hadrah juga amat penting bagi menjayakan
majlis. Ia sama pentingya dengan tok kadi, kalau tak ada hadrah, nampak
pincang. Kebanyakkan kumpulan hadrah juga menpunyai bus sendiri, jadi tanyasamada mereka menpunyai bas sendiri. Jika tidak, bus yang disewa harus yangbas besar 44 seater. Kumpulan Kendarat pula boleh meringankan tugas saudarasaudara dan sahabat handai melayan tetamu. Kumpulan kendarat juga, denganpengalaman mereka, boleh memberi beberapa pertunjuk tentang 'tablearrangement' dan sebagainya.
10. Buat Bunga Manggar
Bungga manggar boleh ditempah di beberapa buah toko di Geylang. Kebanyakkantoko-toko ini juga menjual barang tradisi yang diperlukan oleh pasanganpengantin, seperti, sejadah, telekong, songkok, capal dan lain lain lagi.Kalau ingin berjimat sedikit, bungga manggar boleh dibuat oleh pihakpengantin lelaki. Kalau di buat awal-awal lagi, kita boleh buat lebihbanyak. Lagi pun, bunga manggar tak boleh basi, jadi tak ada masalah kalauia di buat awal-awal lagi.
Checklist:
• Pertunangan
• Kursus Rumahtangga
• Kumpul Wang
• Daftar diri diROMM
• Tempah Mak Andam/Pelamin/Kamera/Video kameraman
• Tempah Tukang Masak/Kerusi & Meja
sELAMAT MERANCANG MAJLIS KORG...
CheckList Bakal Pengantin..
Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.
MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
•Cincin belah rotan. (cincin tanda)
•Wang tanda (hantaran)
•Baju sepasang atau kain
•Buah-buahan
•Kuih-muih
•Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
•Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
PADA HARI PERTUNANGAN:
•Cincin berlian
•Sirih junjung
•Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
•Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.
MALAM BERINAI:
•Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
•Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.
LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
•Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi pengantin lelaki:
•Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
•Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
•Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•Membeli cincin kahwin.
•Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
•Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
•Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)
DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Membeli barang kemas
•Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)
TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
•Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).
TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
•Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
•Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan
Bagi pengantin lelaki
•Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•Cincin / gelang tangan / rantai.
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh
•Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.
PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
•Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
Thursday, June 11, 2009
Pertemuan Dua Family..
(Gambar ni aku ngn adik aku)- mase g cabut gigi adik aku yg last..eppy..(gbr baju biru)..And My Big Bro..Kamarul..credit tuk die..sbb byk tolong aku tuk aku nye Ceritera Cinta 4 July., And also 3 Angels..Muahh..lebiu!!)
Hari ni..aku bangun mcm biase la.mcm biase la..tgh siap2..tetibe "maafkan bila ku tak sempurna..Cinta...
malm nanti dinner sesame..adik ngn maa dah bz..skrg tinggal hantaran je lagi aku tak siap..ma soh bwk balik.pastu design bilik berubah sket..
BIlik Aku..korg ingt tak aku design bilik aritu cmane? aku skrg nk tikar katil tu.nk letak kat tepi..maksudnye tingkap jadi sbelah kiri katil,pastu ujg tu aku nk letak kerusi sepasang,ngn coffee table..ala2 hotel gitu..satin kaler "teh susu" maklng ckp..hehheh..tq maklong..pastu aku nk bli satin tuk letak kat depan tu..kaler darker than the teh susu;na
Tuesday, June 09, 2009
Bilik Beradu
BIlik Aku!
cadar $500
Langsir(organza) $30
2 carpet (bujur ngn petak) $100
bunga sudut (2 unit) $40
Lampu Tido $60
Bunga atas katil $10
Bunga hiasan 10
Frame (lowers) $20
Satin:=maa aku soh bli..aku tatau brape.. $2 kot per metre.. $30
Total :- $800...
Make Up
Tuk mak andam pulak..aku dah tempah khas dari kuantan..sbb kakak tu aku rase superb..aku dah call n confirm..mgu last bulan ni,aku balik ngn krel g test make up(kat kuantan),ngn g pilih kaler mini pelamin tuk tunang (kat kerteh),pastu jupe photographer(nk kompem harga):- aku bajet $1k.tataula kalo lebih..
Mak Andam: $400 (Transportation ngn homestay all inclusive ..*Wink*Wink*.thanx kak nor)
Photographer: $250
Mini Pelamin:$150
Total:- $800
Kenduri :- $1000
(jst jamuan kecik2 je,sbb reception pas raye..cadangnye la..*subject to change..*wink*)
Tu je la..tuk aku tulih tuk skrg ni..stakat nih rasenye dah $3237.75..yg aku kuarkan dan bakal utk di kuarkan...hehehhe..alamak..jgn budget shrink dahla..huhhu..mampus aku..
baju pengantin,hantaran dan...
baju tunang(aku bli 2 kali,sbb baju tak match kaler,pastu kna tukar bagai..apstu tambah kain lace pulak aku bli kat nilai,,ngn maklong..tima kasih maklong..aku bli kain lace tu pastu trus hatnr tempah..ngn aku nye design lar..skali.. huwarghhhh...
Baju
baju tunang- $ 350
baju nikah(tambah 2metre) - $650
veil - $100
Tempah - 270
baju bertandang(terpakse beli,sbb lace biru aku takleh tikor,kan amik brg..so aku amik peach color tuk bertandang nanti -$ 72 (topup) Total:- $1442
**aku kna wat bajet smula..huhuhuhu...sedey pulak..
Hantaran
Kotak2 yg aku bli kat pdang besar aritu aku total dlm $211.
ribbon ngn bunga2 aku bli siap2 tuk buat hantaran nanti aku bli kat nilai 3 ngn sayang u kat semua house..mase pegi semua house tu..sib baik krel ade meeting kat bank rakyat..aku jst hantar die..then aku pecut ke semua house..time keje tu..heheh..aku g jap je pon..pas bli sume..aku gerak amik krel..total sume $424.75..mcm byk pulak..huhuhuh..tapi takpe..aku leh pki balik sume tuk tuk bilik aku nanti..sbb aku mmg nk gun apakai sume tu..aku takmo bazir kan ape yg aku ada..up till now dah brape ek aku kuarkan:- 1442 + 211 + 424.75 = 2077.75 (bajet aku rasenye mm gkna kire balik..sbb aku kna bli hantaran lagi,samping lagi,cincin tunang ngn nikah lagi..huwarghhhhhh..takpe2..aku mula down sket..bile fkr psl duit....
Thursday, April 09, 2009
Kick Off For July 4' 09

Budget(Pertunangan + Akad Nikah):-
a)Pengantin/Hantaran
b)Majlis
c)Bilik Pengantin
3 kategori aku buat.budget aku ingt sume tu aku takmo lebih dari RM4k(tuk barang2,baju,persiapan,mak andam,bilik pengantin tuk aku rase nk allocate RM1k saje)..hrmm.....so aku kna pandai2la cari barangnye..yeahh!!! kena usaha lebih sket kalo nk buat yg menarik pastu within budget..
26 April - heheh..MIA..aku p perlis..pastu p thailand..aku bli terus brg tuk wat hantaran nanti..hehhe..bli sket2..tapi bil simpan..baru tau brape kuar..kan? nanti bulan 6 nye cite aku tulis la brape aku perabis tuk bli brg tu..nanti leh la org2 yg nk bajet tuk majlis korg nanti..ape yg aku tulis ni kisah benar psl blanje tuk nikah aku..so kalo ad eyg terkurang bajet mcm aku ni..leh la amik sbg panduan..hehehhe..tapi kalo ade yg nk bace blog aku tuk cari cite2 kisah artis ke ape ke..rasenye takde kot..aku cite psl aku ngn die je..so i m sorry!! muaaahha..
Wednesday, April 01, 2009
StOrY Of JuLy 4, 2oo9 BeGiNs..NOW!!!
Buat Insan yg baru ku kenali..yg dlm masih dlm proses untuk mengenali hati budi..maafkan aku jua,krn telah meletakkn syarat2 untuk tidak bercinta ..tidak berjumpa sekerap yg mungkin..seperti pasangan kekasih yg lain..walaupn gelojak di hati ingin sekali bertemu..mkn .bergelak ketawa seperti psangan lain..ku tahan jua..agar hati ini tidak terkenang kembali perkara yg lalu..Ya Allah..kiranya hati ini merindui dirinya..labuhkan tirai kerinduan ini agar tidak lebih dari merindui KasihMu Ya Rabbi...Kiranya aku menyayangi dirinya..jgnlah hati ini terlebih menyayangi lebih dari aku menyayangi diriMu..Ya Allah....
Inilah dikatakan takdir..Allah..betapa susah untuk aku menerima segala yg berlaku..krn telah ku usahakan sehabis baik.untuk menjadi suri di hati..namun..Allah Maha Berkuasa..Akan Ku terus perjuangkan jua..setelah bangkit dari kesedihan yg lalu...walaupn masih terlalu baru..maafkan aku..krn tidak mampu menerima kehadiran mu untuk kembali bersamaku..untuk sekali lagi..pintu hatiku sudah tertutup buatmu....
Monday, February 23, 2009
Sutera, Tudung, Mutiara Untuk Anda
Kami sebagai perintis untuk menyediakan kemudahan untuk anda bagi mendapatkan koleksi sutera/tudung/mutiara(Handmade) yang berada di pasaran hari ini!!! Anda cuma perlu tgk dan pilih berdasarkan kod yg telah di letakkan pada produk tersebut, dan hubungi kami bagi membuat pesanan. Cara pembayaran adalah melalui :-
Maybank Akaun(MBB).
Sila hantarkan butiran lengkap berserta alamat bagi memudahkan proses penghantara di buat.Penghantaran percuma di sekitar KL dan Lembah Klang.
Sebarang pertanyaan,sila ajukan pada ej atau email terus pada ezajaan_032@yahoo.com
Saturday, November 01, 2008
TraGeDi OcToBeR..
Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku
Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli
Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober
( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...
Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu
Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya
Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober
( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...
Biarlah kisah aku di bulan oktober..menjadi suatu tragedi yg tak mahu aku ingat lagi..krn aku cukup terluka dgn ape yg telah berlaku..Ya, Allah..berilah aku kekuatan untuk mengharungi segala dugaan ini...Ampunkan aku..krn terlalu sygkan dia..sehingga kekadang aku seolah2 memaksa Mu Ya Allah..untuk menuruti kemahuanku..padahal..aku yg wajib menuruti kehendakMu..AMpunkAnlah dosa2 ku Ya Allah..Ku bersyukur atas sgala yg telah berlaku..telah mendekatkan lagi diriku padamu..
Sunday, October 26, 2008
Kisah Yang Lalu..Sebagai Kenangan...
Training Lagii..
Hype..
At the training centre.huhuuh..maleh nye..penin paler aku nih..asik2 training jerk..camno nk terrer nih.kekek..tapi besh training mende nih.arap2 aku dapat training lagi satu lak..Hmm..then,baru aku leh jump..oppsss…
arini…dah 2nd day. 6-9th may,training nih..hmm..tapi menarik lar..hehe..aku sorg je mlayu..
pape pon..bagus gak..at least aku takdela,stay ois n termenung jerk(ye ke termenun!!) ..tak sempat termenung..dah dapat task..
Posted on on May 6th, 2008
tERLALU cINTA
specially dedicated to my dear..who s so far from me..now.. huhuhu..i m counting da days..29 days more to go..
Terlalu Cinta…
Angan dekat atau
Jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa
Karena tak memilikimu
Ku coba jalani hari
Dengan mengganti dirimu
Tapi hatiku selalu
Berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini
Terjadi kepadaku
Reff:
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa
Menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya
Aku terlalu cinta dia
Posted on on April 30th, 2008 in Uncategorized | Edit | No Comments »
12th days of nite..kul 12.14am,23/4/08
hmm..dah 12 hari die kat sane…alhamdulillah..kami masih dapat berhubungn antara satu sama lain..Hanya pada TUhan ku panjatkan doa..skrg aku kat class..ader virtual class..tadi dh bgtau die..nti mlm aku msg lagi lar..aku actually..rindu sangat kat die..uhhu..adeh..
Posted on on April 22nd, 2008 in Uncategorized | Edit | 3 Comments »
Restuilah hubungan kami..
yuhuu…dah lame aku tak tulis blog nih..kna blok ar..kat ofis..aritu tak pe jerk..tah sape tah yg gatai g blok..anyway..sib biak ade access nih..kekek.. arini..10/4/08..sum1 very special is gonna fly to spain..for 2 months..i ll be counting the days since today..whatever it is..i ll be waiting for him..Allah will be always with me.. to my dear.. either u read this or not..i wish u dont read!!! kekekek..(malu ar!!) hmm…dont ever be afraid to do the right things..i m always by ur side my dear…
kna gerak dah..ade misi special arini..skrg dah 11 lbh,aku nk kna g cheras,makcik aku dah tunggu.//
Posted on on April 9th, 2008 in Uncategorized | Edit | No Comments »
Wat is Life??
Arghhhhh….dunno hows da real life?i m facing now.got lots of fun ..when u can control the outer center of ur surroundings..trust me.it cums from one of the philosophers..said we r living in a circle.
ther are things that we need to know, n have control n self esteem on it.no matter wat happens n wat might u face..da most important thing is that u urself must have the authority to control all those surroundings.living ina dark circle..its actually living in a big circle..the things inside circle is in our own body (internal control) meanwhile the outer one is ur env,frens,job,families,an all sort of things happens outta our control.
however,
its all in ur own capable hands…jst need to plug in , n Go!..the message ere is..not to be influenced by any ppl out side there,,coz anything happends,they wont be the person to survive..but.YOU URSELF..so, stand on ur own pillars,dont u ever break it out, say the truth alwayz,no matter how,coz, life is jst in a short while,so,we need to do da best for our own life..lying, liar, n lie is jst a cause for certain uncomfortable or , i would say it sjst bcoz of da jealousy..it s so ridiculous..childish NO MORE!! so, think as a mature person.facts remains till end of life.No matter how close u r with any particullar buddy, bear in mind…dont let others to control ur heart…n dont simply trust wat u ve heard from ‘em, coz..who knows its actually jst a stupid way to split the new relationship which jst began..
Well….
REMEMBER!!! To Have Control to Ur Outer Cirle!! in the mean time, ur inner circle is always with u…Only then, u becum a successful BUDDY!!! Chaow!! :-))
Posted on on June 30th, 2007 in Uncategorized | Edit | No Comments »
ECRO in my memories…
i m back…after all..still missing all of u guys in ecro,k.na(yg becok),k.suri(ratu gelaks),k.hahar(goyang2 tepon)effi(sentiase mude),k.bird(bakal ibu lasaks),k.mas,k.nozi(tahniah,tuk new baby gurl),kama(QarlMan..Actelly),madi,apan,n yusopAH(hehe..saper tuh)..n sumer2 la..tak cukup ruang nih..huhuhu..no more vnc,Radmin,
famous qoute:- NextG–(tgk kat bwh,area jam,ader tak icon vnc @ R kaler biru)..
User :— hmm,takder la kak,kalo yg mcm cacing tu aderla..kaler biru..huruf R takder,hrf N merah ader la..
NextG–Sabo jela,akuuuu…
addeh…penin paler NextG..windu saat sharing moment kat kafe,TPC2 , n nasi ayam best..huhuhu…mesti korg g mkn naik avanza madi kan(huhu,kempunan aku nk naik)…anyway..sumer tu still kekal kat my mmry..so sweeeeettttttt..
now..i m in my ofis still,time is 8.11pm..maybe will go back around 12 am,need to do sumthing..uhuh..lapor.kijer punyer psl,aku suke..enjoy,penat tak rase..
Posted on on May 11th, 2007 in Uncategorized | Edit | No Comments »
Sayang sangat…
Sayang yg tak terungkap>.. hi..salam..hmm…well..today.i m not feelin well.huhuh..got fever.since last two weeks til now..anyway..mm…busan ..takder aper nk wat..boring?nyimapah..dengar org ckp tah haper2 tah..sakit tlinga nih dengar..bingit ..gelak jerk..hmm..gumbiranyer..biler dah mcm ni..aku tingat lak nasihat ayah aku..time tuh aku ngn ma,combi n my bros dok nyembang..n gelaks2..kire sharig moments ngn org tersayang kan??syonok sgt..taim tuh ..aku dgr suara garau ayh aku"korg nih gelak2..agak2 dah terjamin ker mausk syurga?..bedebukk..adus..mcm kna cepok ngn batu jerk..adus..bisenyer ayat ayh aku..huhuhu…ayh…owh ayah…mase tu la kitorg sumer diam,sejurus..adeh..ma aku pon terdiam…hah..ayah aku mmg camtu..kalo tgk kitorg gumbira..ayh aku akn ingt kn kitorg pasl tu..ni yg wat aku bertambah2 sayang kat ayah aku yg ensem tuh..aku syg ayh aku sesangat…aku tingat lagi..mase aku demam..ayh aku renung muker aku..pastu dier ckp.."ayh tgk,muker eja skrg mkin kurus.cengkung sangat…sian tgk"aku rase cam nk lagi nangis la..huhu…trus meleleh air mate aku mlm tu..bkn saaat tu..kontrol la..adik2 laki akus tgh tgk tuh. masih aku ingat..mase aku break ngn org yg tersayang..aku kol ma aku…"ma,org da break..ngn dier.." ..adeh..mase tu ma aku la tpt aku luahkn perasaan ..aku ni plak jenis yg tak reti nk citer kat kwn,coz aku ni lbh pcaye rkat ma aku,biler ckp soal hati.pdpt ma aku besh,,n aku sgt tau pdpt ma aku tu ikhlas..adeh..bile ma aku bg nasihat..aku suker sgt..sume ryg aku tgh sedey2 tu dah ilang di telan skali ngn nilai coins yg aku tgh cuk2 dlm public phone nih.kat nusaibah college,blok E..uiam..@ IIUM..glamor tuh.,,tapi kan..aku rase ader hikmah nye atas sesuatu kejadian..dulu aku slalu dok sebok nk cemes si Jaan..now..no more..aku slalu dok cemes family akus..especially adik2 aku yg ensem2 tuh…paperpon..kat sini..aku jst nk ckp..aku syg sgt kat ma n ayh aku ..ma aku..aku suker tgk ma senyum..adeh..aku rase sebab tu l aayh aku suker ma aku dulu..ma aku ni..kalo senyum sweeeett sgt.dahla pandai masak..cantik lak tuh.. ma ayah…i love u..sooo much…i wont let u to tear anymore..never ever…tatk sabo nk balik..aku nih ank manjer gak la..tak leh lelamer stay apart ngn family..karang aku windu sesangat.kalo lelamer aku stay kl..tak lamer pastu..mesti ma ayh aku dtg sini..atau aku sendiri dgn tak malu nye rakn balik kerteh..hihih..coz aku rase maybe sbb aku nih dari ekcik lagi stay hostel n jauh dari ma ayh..tu yg jadi camni skrg nih..dah besau2 nih..n dok dekat ngn ma ayh..takper..aku suker..hihi..oklah..sehingga bertemu lagi..egege..aku dahaga plak citer mender ni ka tkorg..okies..babai.muax
Posted on on April 24th, 2007 in Uncategorized | Edit | No Comments »
HaKiKaT SeBuAh PeRnIKaHaN…
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita lihat…dan manakah
pilihan kita???
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan petunjuk ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Insyaallah.. ..
Posted on on March 19th, 2007 in Uncategorized | Edit | 4 Comments »
catatan: Kenapa aku panjat Gunung Yong Yap, Perak Darul Ridzuan…
ni aku amik dari arc gak..sbb aku nyer catatan mase g yong yap dulu takder..terhilang..heheh..mase aku g dulu director dier saper tah tak ingat dah,mse tu aku 1st timer naik yg 7000 feet a.s. lvl..pergh…yg aku ingt pegi samer abg anepp,a.titah n da gang,aku,aisha,pisol(partner terbaik nk naik gunung,tq pisol,tolong cabut pacat yg tersangat la banyaknyer ..kire2 tahap dewa la katakan!!!),kak Gee(full of spirit), k.LIBARRrrr..dengan penoh psyco aku climbed yong yap,dahla kna tinggal sorang..2..trekker n k.libar selalu di depan..tapi..at last..aku n pisol gak lar yg smpai awal(maklumlar..mase tu power lagi nk lar mse naik n turun gunung…beshnyer…
kalo aku dpt naik lagi..tapi skrg ssh nk dpt cuti lamer..aku mintak2 la dpt cuti lamer skit…kalo leh nk g naik TRANS..tapi kna tgk kesihatan aku ni,mengizinkan ker tak..adeh..sshnyer…dah terikat ngn kijer,bkn cam kat uni dulu..ader cuti2 msia lagi..hahahha..ni pon kat opis lar.baru sampai,arini sklai lagi aku tgk polis petro tuuu..adeh..menyirap jerrr..agak dorg nk aku display pass baru nk reti tabik kat aku kot..bkn soh tabik pon actaully,jst jgn la kerek sangat ngn aku kan??heiii….nasib baik aku tak pms,kalo tak..hamburkan ajherrr….
k lar..aku jap g ader mornng meeting..as usual larkan!!!..cheh…mcm kat plan lak..tapi mmg tradition lar..mase practical dulu pon,aku attended morning meeting gak,kat office pon samer rupernyer..so..tidak berbeda di sini..
back to yongyap..hmm..k lar..korg bacerla catatan yg abg2 arc ni tulis,,aku nye rpon lbh krg camtu lar..dulu..tarikh nyer bln 10 kot.cuti sem thn 2004 kalo tak silap,bayar 100 sorg kalo tak silap aku,aku pjm beg sape tah,tak ingat,60 litre,kaler merah,n aku bwk beg berat giler..hammpeh..nasib baik ader abg2 yg gagah perkasa,tulun bwk brg,tapi skit jer la kan,agak lar,,dah tau g gunung takkn nk org bwk brg kot!!TAKDER MAKNENYERRR….kalo nk mendaki pastu soh org bwk..appa barrang..hmm..a.agus ,abang, a.mamat,a.titah,shidah(junior aku,tapi ingatkan senoir lak mase tu),sbb aku ni kire baru lar..hahah… n sumer lar yg byk bagi semangat,thanx a lot..misss u all..mmuuaahhha…
bezanyer aku naik kot sg siput,smpi kat kg husein,trekker tak ingat dah namer der,baik giler..ader adegan sakit perut,sbb mkn bubur chacha shidah..libar wat sejarah la plak…,rasenyer..dorg naik kot brinchang
ikutilah siri catatan abg2 arc..yg agak2 samer cam perjlnnn aku dulu..yer ker tak aku ni ek??paperpon kiter zazzzzzzzsss dulu!!!!!!!jalaaannn…
Tribute to Kicok, Shoe, Far, Bulat, Nan, Mawi, Chah, Ep, Daud, dan
trekker (Pak Andak).
Salam kehijauan hutan dan kesejukan air yang segar mengalir di celah
celah habitat alam untuk anda pembaca budiman.
Seminggu sebelum 18 Feb 07, aku dan rakan-rakan dah sibukkan diri
buat physical training bagi tujuan di atas. Secara personalnya aku
jogging kat Presint 9 (45 minit), kayuh basikal PjH â€" PICC â€"
PjH, swimming, dan juga jogging lagi kat Taman Tasik Titiwangsa (2
round).
6.50 am 18 Feb 07
kami dah ada kat Brinchang, Cameron. Solat Subuh. Breakfast. Beli
makan tengahari. Last minute shopping. Pegi Pos Brooke (kat tepi
highway Cameron â€" Gua Musang) untuk start trekking. Kicok liaise
dengan Pak Andak. Upah RM80 sehari. Parking kereta RM30 sebuah.
8.30 pagi renyai-renyai.
Kami bawa beban tak kurang 10kg setiap orang (barang peribadi,
ration makanan, Bunsen Burner, etc) lalu jalan balak. Dapat tengok
perkampungan orang asli. Electrik diorang generate pakai solar.
Jangan marah. Naik turun bukit, dah rasa kat lutut ni. 1 jam lebih.
Halangan pertama di hujung jalan balak ialah titi buluh 4 batang
yang diikat bersama. Air deras kat bawah. Titi memang tak stabil
punya lah. Lutut kitorang menggigil selaras dengan titi buluh
tersebut menari ke kiri dan ke kanan.
Bermulalah perjalanan di denai-denai hutan yang dipandukan oleh Pak
Andak. (Hujan renyai dah berenti sebelum kitorang mengakhiri jalan
balak tadi). Jalan jalan jalan jalan banyak jumpa orkid hutan.
Perjalanan di fasa ini bolehlah ditakrifkan sebagai banyak yang rata
dan sesekali mendaki sedikit. Tengahari berenti. Makan nasi lemak
selaku makanan tengahari.
Wahh! Lega betul tanggalkan beg sekejap daripada bahu.yang dah sedia
sengal itu. Makan loh kum sekali. Amik kesempatan semayang jamak dan
qasar Zohor dan asar kat sini.
Sambung perjalanan. Banyak kali seberang sungai melepasi paras lutut
dan juga anak sungai. Takde titi ye…Padan muka! Redah je lah.
Banyak juga melintas area lalang. Maka gatallah tangan berotot pejal
ini. Padan muka sekali lagi…sapa suruh ikut?? Markonah pun tak
boleh jawab.
Sebelum jam 6 petang kami sampai kat camp site. Azan. Tegakkan
khemah. Seronok betul bila tanggalkan kasut yang lembap itu.
Dapatlah kaki bernafas… hins…hins … hins… Tapi ada serangan
agas lah pulak! Tu lah, sapa suruh ikut? Perhatian ye, agas kat sini
educated sikit…setakat insect repellant murah tu…. beliau dan
kaum beliau dah kebal ye. Take turn mandi selepas the other gender
mandi.
Makan malam.
Dapur dipelopori oleh Kicok, Daud, Shoe dan Far. Siap ada bubur
kacang hijau gitu. Tapi takde taruk gula merah….tah sapa tah
sembunyi dalam beg. Memang nak kena ni….. Ada nasik lauk sayur
campur dan lauk ikan sepat masak apa tah. Malam tu semua jadi anak
soleh, sebelum jam 10 semua dah tidur. Pompuan tido dalam dome.
Takde orang sentri. Sejuk?? Jangan cakap le.
6.00 pagi 19 feb 07.
Aku bangun. Semayang subuh. Kicok amik peranan buat breakfast.
Bangunlah muzammil muzammil sekalian satu demi satu terpisat-pisat.
Breakfast. Packing. Unbiogradable punya sampah gantung dalam plastik
sampah sebab nanti balik lalu tempat sama.
8.30 pagi.
Berjalan sejam lebih. Singgah kat check point terakhir untuk amik
air. Sebab lepas ni sumber air terdekat dengan puncak ada la dua jam
ke 3 jam lebih. Aku tak amik sebab beg penuh. Setiap lelaki amik 5
liter sorang. Sian diorang.
Kadang-kadang perjalanan jadi slow sebab Pak Andak terpaksa cantas /
potong dahan / ranting yang menghalang perjalanan. Perjalanan jadi
lebih slow sebab memang dah takde kesian sebab memang naik dan terus
naik. Takde menurun dah (sebab menurun tu kan syirik). Singgah 1
checkpoint untuk amik oksigen dan singgah lagi satu checkpoint untuk
lunch. Nasi, sardin dan kubis fresh. Nikmat….walaupun diserang
AGAS. Tapi dah kurang la agas sebab dah jauh daripada sumber
air.
Sambung perjalanan.
Jalan sikit dah start jumpa hutan berlumut. Lembap lembap. Ada orang
kata hutan bonzai. Sejuk. Basah. Penat. Cramp. Sakit. Gatal. Sengal.
Rasa nak cramp dan macam-macam. Mendaki dah lebih daripada guna
kaki. Guna lutut, tangan, lengan dan siku. Memanjat akar pokok,
crawling dalam lubang yang sempit muat badan dan beg sahaja. Denai-
denai agak licin. Kecuraman pendakian 60-80 darjah lah kot.
3.45 petang.
Pak Andak dah sampai dulu. Shoe diikuti aku. Tiada ucapan yang lebih
baik selain daripada lafaz hamdalah kepada Yang Maha Esa sebaik
sahaja tiba di puncak pada ketinggian 7000 kaki atau 2168 meter dari
aras laut itu. Cuci apa yang patut. Ambil wuduk. Azan. Semayang. 15
â€" 20 minit selepas itu, seorang demi seorang sampai. Heppi sangat-
sangat. Semua selamat sampai sebelum jam 6.00 petang.
Apa lagi, bendera Wilayah Persekutuan yang pernah mengikut aku ke
Beijing itu pun menjadi sasaran untuk bergambar di puncak Yong Yap.
Pasang khemah. Masak. Ada yang pi semayang. Kitorang masak kuih
Melaka pakai tepung gandum dan gula Melaka yang tak digunakan
semalam itu. Buat kopi pun pakai gula Melaka. Hu hu hu hu…jadi
minum petang lah pulak. Sementara itu, Bulat cuba merapati group
lagi satu, Group Trans Titiwangsa untuk menggunakan pendekatan
diplomatiknya bagi menebus �kesalahan� beliau tertinggal minyak
masak. Tak berjaya. Hu hu hu hu…..
Kat puncak ada line celcom ye. Talian maxis ku berjaya menghantar
dan menerima beberapa sms ye. Takde orang buat percubaan dengan
lembaga kuning ye….
Kicok, Far dan Shoe mengambil alih dapur untuk masak makan malam.
Semayang maghrib plus Isyak. Makan nasi plus sayur tomyam dan ikan
masin bakar serta air teh.
Nyam nyam nyam….takde sapa komplen tak sedap ke apa ke…..nak
kena baling??
Masing-masing bukak cerita. Ada ke masa giliran aku bercerita jari
telunjuk kanan boleh cramp. Berdekah-dekah diketawakan se khemah.
Hantu sungguh! Agak sejuk. Kurang berangin sebab banyak pepohon
Nephenthes spp melindungi sekeliling camp site. Ada renyai sikit
saje. Sebelum jam 1030 malam semua dah z z z z z z z z z z z.
6.00 pagi 20 Feb 07.
Aku bangun kicok bangun. Wuduk dengan segelas air sahaja. Semayang.
Macam biasa. 1 demi satu para muzammil itu meninggalkan sleeping beg
masing-masing. Breakfast bihun sup. Takde minyak lah katakan. Ahli
dapur dah siap bungkuskan nasi goreng untuk lunch.
8.30 am.
Sebelum turun, kasut Nike Fung Keong itu telah dimodifykan agar
mampu menampung keadaaan muka bumi yang pelbagai di bawah sana.
Bermulalah perjalanan menuruni gunung. Belum sampai sejam lagi dah
terasa kesengalan kat lutut. Ikut ajelah. Pak Andak, I am right
behind you.
Sakit. Letih. Sengal. Penat. Sakit. Letih. Sengal. Penat. Sakit.
Letih. Sengal. Penat.
Nak diikutkan, 10 jari kaki ku lebih perit berbanding bahu yang
memikul beban beg. Aku decide untuk kunyah sedikit tongkat ali yang
dicari oleh Pak Andak untuk �alihkan� sedikit sakit yang
dialami. Boleh sikit aje. Rasa nak muntah akibat ke�pure�ran
akar itu.
Selepas 8 jam berjalan dan beberapa kali singgah di pit stop untuk
oksigen dan makan lunch, rentas 23 kali sungai dan 15 kali anak
sungai…..akhirnya kami tiba di titi buluh 4 batang itu. Lepas
crossing diorang mandi sungai.
Lalu jalan balak sekali lagi. Dalam hati merintih…. .â€�Sampai bila
la kehijauan ni akan kekal begini?�
Sebelum jam 6 petang, sampai di Pos Brooke. Pak Andak n Mawi dah
sampai. Tanpa arahan bertulis mahu pun lisan, aku terus gi mandi kat
bilik air stor di situ. Nikmatnya……
Syukur…..semua sampai.
Terima kasih Kicok selaku chef & logistik manager (jangan tinggal
ayam lagi).
Terima kasih Bulat selaku project manager (lain kali bawa minyak
tau).
Terima kasih Shoe n Far selaku ahli dapur (inspirasi kuih Melaka).
Terima kasih Daud sebab pinjamkan ponco untuk semayang.
Terima kasih Chah selaku pembekal asam kulit limau itu.
Terima kasih Nan sebab tolong itu dan ini.
Terima kasih Mawi di atas semangat mu itu.
Terima kasih Ep sebab bawak kereta KL-CH-KL.
Terima kasih Pak Andak selaku trekker yang baik hati.
Jam 10.30 malam, kami sampai di KL.
moralnyer..aku nyer cerita yg sebenar tgh buat skrg,nti kalo dah siap aku publish lar..k..adios..nk g meeting..hehe..
Posted on on March 19th, 2007 in Uncategorized | Edit | No Comments »
redha di atas kehendak Ilahi…
alkisahnyer…aritu aku,ma, n nenek g la shopping..mase shopping tu,kat situ ade wat campaign kesihatan.kitorg pon g lar lalu jerk kat siut kunun2 la..pastu..nenek aku check blood pressure dier..pas setel..aku plak…tetiber..dlm tgh tgu tu..aku tengok la kat mender yg amik bacaan tuh..tegezut aku tgk..rupernyer aku nih..dot dot dot..budak cina yg jaga tu pon ckp.cik,cik ni ader prob ..bla bla bla..i was speechless.till almost fainted(yer ker!!!)..anyway..then i realize..no wonder i always got headache n tiring n etc..ruper2 nyer inila sebabnyer..den, consult la ngn dorg..pastu baliknyer aku g clinic cek.amik ubat..n till now..still continue taking medicine..ma aku ckp.,kna cure awal2…hmm..ya Allah,bagilah aku kesihatan seingga akhir hayat..berilah aku peluang tuk hidup n berbakti utk agama,dan keluarga aku..n diriku sendiri..masih bayak yg tertangguh lagi utk ku laukan sepanjang hidupku..aku skrg kna amikla susu( 2-3 kali sehari),pastu mkn pon mkanan terpilih(rase istimewa lak) hehehe…paperpun,aku kna happy sokmo..jgn biarkan hidupku sedey sbb tu..hmm…k lar..nk balik dah ..jam pon dah 4.53 pm,time to go.japg nk kna juper security plak,psl pass,busan sungguh…hari2 juper dorg..biler la aku nk dpt aku nyer pass nih..tata
Posted on on March 19th, 2007 in Uncategorized | Edit | No Comments »
Wednesday, March 22, 2006
it's my life..
hehehe..hmm..anyway..aaku pun tak tau nk start cmaner.aku ni org biase jer..cam yg korg knl la.page ni kjust for intro tentang aku..kah kah..
dlm 2 thn teralhir kat campus ni byk tul pengalaman yg lku dapat..especelly pasal laki..huhu..alku serik dah..hrp2 org yg btl2 syg aku akn trus syg la..lau dier brubah gak..aku nk wat per ek??
wat per g..wat bodoh la..life must go on....aku takkn biarkan frust aku tu merosakkn karier aku nti..heheh..
aku benci ngn mamat2 yg mcm bagus..blagak pandai tapi last2 extend gak..tahla..tu la yg aku dpt semenjak 2 thn ni..tapi ader g yg sad story tgu la nti aku free aku tulis lagi..skrg ni nk balik nk wat pojek ,tkt tak sempat nk anto.karg naya aku..hari ni aku tak g memaner..dok bilik,jer..25/1/06...huhu..dah nk msk beday aku nih..ish..aper azam thn baru ni??
huwaaaaaaaaaaa....aku chow lu ar..nti aku citer lagi tau..korang tunggu ek..

