Checklist ni special sket..heheh..sbb aku dah siap2 letak mengikut kmampuan aku..muahahha..
MAJLIS PERTUNANGAN WALAUPUN KECIL, KITA MASIH PERLUKAN PERANCANGAN YG TELITI AGAR SEMUANYA BERLANGSUNG DGN LANCAR DAN TIADA YG TERTINGGAL.
DI ANTARA CHECKLIST YG LEH DIGUNAKAN:
1. BARANG HANTARAN PERTUNANGAN (BOLEH DIBELI & SIAPKAN SEAWAL 1-2 BLN SEBELUM MAJLIS) - BERAPA BILANGAN DAN BUDGET DIPERUNTUKKAN
2. PERSIAPAN JAMUAN (RANCANG 1-2 BLN AWAL SAMADA NAK MASAK @ CATERING)- JUMLAH JEMPUTAN PEREMPUAN DAN TETAMU DARI PIHAK LELAKI
3. HARI, TARIKH DAN MASA - MASA BERSIAP UTK DIRI (MEKAP DAN PAKAI BAJU), MASA MEMASAK/CATERING SAMPAI, MASA TETAMU DR PIHAK LELAKI SAMPAI, MASA MAJLIS BERLANGSUNG, MASA JAMUAN
4. PERSIAPAN DIRI SENDIRI (SELEWATNYA 1 BULAN AWAL) - MEKAP (MEKAP SENDIRI/KAWAN/MAK ANDAM), BAJU (TEMPAH/SEWA/PINJAM)
5. HADIAH TETAMU - JIKA PERLU
6. ISI KANDUNGAN PERBINCANGAN - JIKA PERLU AMBIL TAHU PASAL TARIKH NIKAH, WANG HANTARAN, BARANG HANTARAN DLL MELAINKAN JIKA IBU BAPA TAK BENARKAN AMBIL TAHU PASAL NIH
* BUDGET: BERGANTUNG KEPADA KEMAMPUAN ANDA.
Ni Aku punye budget...
1. MEKAP - RM 450
2. BAJU TEMPAH - (KAIN & UPAH) Tunang :
3. BAJU SEWA - RM 50 - RM 150
4. BAJU PINJAM - FREE
5. CINCIN RISIK & @ TUNANG - (cincin + rantai tgn + cincin) = XXXX
6. JAMUAN - CATERING - @4.50/HEAD - RM 18.00/HEAD
7. MASAK SENDIRI - LAUK KERING DAN LAUK BASAH
8. TRANSPORTATION - JIKA JAUH
9. HANTARAN - SIRIH JUNJUNG/TEPAK, BUAH2AN, SEPERSALINAN, KUIH MUIH - RM 200 - RM 2000
12 Bulan Sebelum Majlis Bersanding
1. Pertunangan
Majlis Pertunangan adalah tapak permulaan bagi pasangan itu membuat persediaan untuk mendirikan rumahtangga. Pertunangan juga membolehkan pasangan itu berkenalan antara mereka mengikut adad kita sebagai orang Islam dan juga, ia menandakan bahawa tali ikatan itu akan sesungguhnya membawa ke jinjang pelamin kelak, insyaAllah. Tapi yang penting dalam konteks kita yang tinggal di Singapura, ia bermakna kita harus mula mengumpulkan duit jika itu belum dilakukan lagi.
Khidmat yang diperlukan untuk Majlis Pertunangan:
• Gubahan
• Bus/Transport
• Kameraman/Videographer
2. Kursus Rumahtangga
Setelah bertunang, kini tiba masanya untuk pasangan itu mengambil kursus rumahtangga. Registry of Muslim Marriages memerlukan sijil ini sebelum pasagan itu diakad nikahkan. Jadi, lebih baik kalau kursus itu di ambil awal-awal, supaya nanti tidak kesibukan bila sudah hampir hari persandingan. Kursus rumahtangga ini amat berguna sekali. Ia menerangkanhak sang suami dan juga hak si isteri, dan juga teladan yang patut dicontohi agar rumahtangga yang dirikan berkekalan.
Masjid-masjid yang menganjurkan kursus rumahtangga:
• Masjid Darul-Ghufran, Tampines
• Masjid Al-Ansar, Chai Chee
• Masjid An-Naeem, Hougang
Ada juga masjid-masjid lain yang menanjurkan kursus ini. Harapan hubungi masjid yang terdekat untuk butir-butir lanjut.
3. Kumpul Wang
Ini yang paling penting. Bagaimanakah kedudukan kewangan anda sekarang.Bagus? Kalau bagus, anda boleh bersanding minggu hadapan...hehehe..gurauaje! Tetapi kebanyakan pasangan, sekarang lah masanya kita tinjau kembalikedudukan kewangan kita. Ongkos perkahwinan adalah seperti berikut:
• Hantaran $6000.00
• Makanan $4000.00
• Kerusi Meja $600.00
• Hadiah-hadiah $3000.00
• Mak Andam $1200.00
• Hiburan $400.00
• Hadrah $200.00
• Kameraman $500.00
• Videographer $500.00
• Total $16,400.00
Ini adalah 'estimate' sahaja. Mungkin lebih dan juga mungkin kurang dari ini. Jika simpanan anda kosong dan anda ingin bersanding setahun dari sekarang, ini bermakna anda harus simpan ($16,400/12 = $1366) sebulan. Pakai nampak, gasak overtime hari-hari lah!
Tapi jangan cemas, ada ongkos yang di atas hanya dibayar selepas hari bersanding. Ongkos bagi kerusi, kameraman, videographer, mak andam(kecuali deposit) hanya akan dibayar selepas majlis. Kebanyakkan tukang masak juga hanya mintak 'duit pasar' sebelum majlis and yang baki selepas majlis. Jadi tolak itu semua, anda hanya perlu simpan:
Hantaran $6000.00
Makanan(duit pasar) $2000.00
Hadiah-hadiah $3000.00
Mak Andam $200.00
Hadrah $200.00
Total $11,400.00
Jadi anda perlu simpan setidak-tidaknya $950.00 sebulan jika simpanan anda itu kosong. Ini pun belum kira belanja yang kecil-kecil, seperti keretapengantin dan hiasanya, bas dan lain-lain lagi. Tetapi jika anda ada banyak'sponsor', tak lah perit sangat.
P.S. "Market Rate" untuk wang hantaran sekarang adalah antara $6000 - $8000. Jangan taruk harga tinggi sangatlah...nanti pengsan pengantin lelaki.
6 Bulan Sebelum Majlis Bersanding
4. Daftar diri diROMM (lihat halaman ini:Panduan Pendaftaran Pernikahan)
Registry of Muslim Marriages hanya membenarkan pasangan untuk mendaftar diri 6 bulan sebelum bernikah. Apa yang diperlukan semasa mendaftar diri ialah:
• Kad Pengenalan( Lelaki/Perempuan )
• Wali pihak perempuan (dan Kad Pengenalannya).
Dikala ini juga, pihak lelaki akan ditanya sama ada sudah menpunyai Kadi sendiri atau tidak. Jika tidak, ROMM akan melantik kadi yang betauliah untuk pasangan itu. Anda juga boleh menghubungi Kadi-kadi yang disenaraikan dicontact list.
5.Tempah Mak Andam/Pelamin/Kamera/Video kameraman
Setelah ditetapkan hari pernikahan dan persandingan, kini tiba masa yang paling genting bagi pihak pengantin perempuan. Memelih Mak Andam! Disiniada dua categori mak andam yang boleh dipilih:
Mak Andam Professional.
Mak andam dalam kategori ini kebanyakannya mempunyai 'Bridal Studio' Pengantin boleh memilih dan mencuba pakaian mereka di studio ini. Mereka juga memberi khidmat fotografi dan videografi dalam satu package. Harga mereka agak mahal sedikit dan pada hari bersanding nanti, mungkin penolong mereka yang akan mengandamkan pengantin itu. Tetapi anda boleh menerima servis and 'profesionalism' yang lebih baik.
Mak Andam Part-time.
Mak Andam yang seperti diatas tak punya studio, namun begitu, perkakas dan pakain mereka juga cukup lengkap. Mereka mengambil upah melalui tempahan (booking) dan selalunya boleh dihubungi melalui recomendasi teman dan kenalan. Nama mereka tak ada di Yellow Pages. Mana pengantin yang tempah mereka dulu, di dulukan, kerana mereka memberi khidmat itu sendiri. Lantas, mak andam yang seperti begini harus di tempah eawal-awal mungkin, jika mak andam itu memang terkenal.
6. Tempah Tukang Masak, Kerusi & Meja.
Yang penting sebelum menempah tukang masak, pengantin seharusnya sudahtentukan berapa para jemputan yang ingin di jemput. Ini supaya tukang masak dapat memberi anggaran yang tepat dan jumlah wang belanja yang diperlukan. Bila membuat tempahan, tanya soalan berikut:
• Berapa harga sehidang di majlis ini?
• Berapa wang pendahuluan dan bilakah bayaran nya?
• Adakah pinggan, khemah, kerusi dan meja di dalam pakej?
Checklist:
• Pertunangan
• Kursus Rumahtangga
• Kumpul Wang
4 Bulan Sebelum Majlis Bersanding
7. Siapkan nama para Jemputan
Siapakan senarai bagi para jemputan. Ini harus dilakukan supaya kita tidakterlupa untuk menjemput saudara yang dekat atau pun jauh dan juga sahabat handai. Senarai ini juga boleh dibuat sebagai anggaran bagi tukang masak. Contoh di bawa ini boleh digunakan bagi menyiapkan senarai seperti berikut:
• Adik Beradik
• Saudara Sebelah Ayah
• Saudara Sebelah Ibu
• Saudara Sebelah Datuk
• Saudara Sebelah Nenek
• Rakan Sekerja
• Rakan National Service (Pihak Lelaki)
• Rakan Sekolah
• Jiran tetangga
Walaupun kad hanya di edarkan kepada ketua keluarga tetapi kita harus kirasetiap kepala yang bakal hadir. Istilahnya, kalau keluarga Ali itu terdiri daripada empat orang, maka kita harus senaraikan jemputan bagi keluarga Aliitu untuk empat orang, tetapi kad yang di layangkan hanya satu buatkeluarga Ali. Ini penting supaya kita tidak salah anggar untuk sediakan hidangan. Ingat!..menghidangkan para jemputanlah yang paling utama dalammajlis persandingan. Kalau tak cukup makan atau tak sempurna layanan kita..habislah majlis ini jadi buah percakapan orang.
8. Tempah Kad Jemputan
Kad jemputan ada bermacam macam bentuk dan rupa. Ada yang sekarang berbauharum pula. Tapi makin harum, mestilah mahal sedikit. Bajet untuk kadjemputan sepatutnya di beri peruntukan yang kecil, kerana pada akhirnyananti, kebanyakan kad jemputan itu akan dibuang juga. Jadi, janganlah membazirkan wang yang sangat-sangat diperlukan itu.
9. Tempah Kumpalan Hadrah dan Kendarat
Bagi pengantin lelaki, kumpulan hadrah juga amat penting bagi menjayakan
majlis. Ia sama pentingya dengan tok kadi, kalau tak ada hadrah, nampak
pincang. Kebanyakkan kumpulan hadrah juga menpunyai bus sendiri, jadi tanyasamada mereka menpunyai bas sendiri. Jika tidak, bus yang disewa harus yangbas besar 44 seater. Kumpulan Kendarat pula boleh meringankan tugas saudarasaudara dan sahabat handai melayan tetamu. Kumpulan kendarat juga, denganpengalaman mereka, boleh memberi beberapa pertunjuk tentang 'tablearrangement' dan sebagainya.
10. Buat Bunga Manggar
Bungga manggar boleh ditempah di beberapa buah toko di Geylang. Kebanyakkantoko-toko ini juga menjual barang tradisi yang diperlukan oleh pasanganpengantin, seperti, sejadah, telekong, songkok, capal dan lain lain lagi.Kalau ingin berjimat sedikit, bungga manggar boleh dibuat oleh pihakpengantin lelaki. Kalau di buat awal-awal lagi, kita boleh buat lebihbanyak. Lagi pun, bunga manggar tak boleh basi, jadi tak ada masalah kalauia di buat awal-awal lagi.
Checklist:
• Pertunangan
• Kursus Rumahtangga
• Kumpul Wang
• Daftar diri diROMM
• Tempah Mak Andam/Pelamin/Kamera/Video kameraman
• Tempah Tukang Masak/Kerusi & Meja
sELAMAT MERANCANG MAJLIS KORG...
2 comments:
balik lambat update blog rupanya,gigih betul.hahaha.
lepas ni dh tak kje sini dah.tsk tsk.spe nk bawak g jmbtn sg pencala nnt?huwaaaaaaaaaaaa ;p
muahahhaah..biasela...insyaAllah..klao dapat..akn ku bawa diri jauh dari sni..huhuh..doakan lah ek..takpe..once in a while..will come n bringu there ddarling..
Post a Comment